Feb 1, 2017 - The Highly Immersive Programme (HIP) is a programme introduced under the MBMMBI policy that will improve the English proficiency of.
Secara dasarnya MBMMBI adalah seperti berikut Memartabatkan bahasa Malaysia melalui:. Pendekatan P&P.
Guru bahasa Malaysia berkualiti. Perluasan ICT dalam P&P. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui:. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti. Pendekatan P&P. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman mikro MBMMBI di url.
PEMANSUHAN PPSMI SECARA SOFT LANDING Bagi menyediakan mekanisme soft landing pelaksanaan p&p sains dan matematik dalam BM:. Kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar dalam dwibahasa mulai tahu 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. P&p sains dan matematik bagi tingkatan 4 pada tahun 2012, 2013 dan 2014, dan Tingkatan 5 pada tahu 2013, 2014 dan 2015 dilaksanakan dalam dwibahasa. Sehubungan itu, peperiksaan sains dan matematik SPM akan dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
PROGRAM MBMMBI DI SMK BANDAR KOTA TINGGI. Makmal bahasa SMK Bandar Kota Tinggi Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI. Di SMK Bandar Kota Tinggi Makmal komputer telah dijadikan makmal bahasa.
Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan atas beberapa sebab iaitu. Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa;. Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa;. Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah;. Membantu guru dan murid dalam memperkasa Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Objektif:. Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P bahasa di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar. Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan. Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu.
Comments are closed.
|
Details
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |